Moreh di Masjid Kg Bukit Tinggi
05 Jun 2014
9.30 malam
Masjid Kampung Bukit Tinggi
..............................................
Hadith:Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
.............................................
Moreh ialah jamuan selepas solat Terawih. Merupakan adat yang menjadi amalan kebiasaan masyarakat kampung, taman, kawasan perumahan dan sebagainya menjamu dan memberi makan kepada para jemaah selepas solat. Amalan ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersedekah terutamanya di bulan yang mulia ini.
"Sesiapa yang menjamu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala mereka tanpa dikurangkan sesuatupun daripada pahala mereka." (Riwayat Ibn Majah)
Pengajaran
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep “memberi” (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.